BAHASA ARAB page 3This is a featured page


BAHASA ARAB page 3 - Pondok Haji Cha
Bahasa Arab (Lughah Arabiah) mempunyai banyak cabang-cabangnya. Antaranya ialah Nahu dan sorof itu sendiri. Dan kedua-dua subjek inilah yang menjadi tunggak utama bahasa Arab.




Isikandungan Nahu dan Sorof
Isikandungan nahu adalah sebagai berikut (asas):


1. Jumlah dan kalimat serta pembahagiannya
2. Mabni dan Mu’rab – Bina’ dan I’rob

3. Kalimah-kalimah yang di rafa’kan (arab eja= ra’-fa’ -`ain)

4. Kalimah-kalimah yang di nasabkan

5. Kalimah-kalimah yang di jazamkan

6. Kalimah-kalimah yang di jarkan


Keenam-enam (lebihkurang) tajuk besar ini ada dimuatkan di dalam sebuat kitab yang sangat baik serta banyak digunakan hingga kini, iaitu kitab – Matan al-Jurimiyah. Dahulu, kitab ini telah dijadikan teks asas mana-mana pusat pengajian Islam. Malahan, mereka diwajibkan menghafaznya. Saya kira untuk menghafaznya memerlukan masa dalam 2 atau tiga hari atau kurang. Kerana bagusnya kitab ini, sehingga telah tersebar kata-kata berikut:

"Barangsiapa yang menghafaz matan al-Jurumiah, wajib alim."



Untuk subjek sorof pula ialah antara isikandungannya ialah:

  • Menghafaz dan memahami pecahah kalimah-kalimah arab
Gambaran Mudah



Apa itu Nahu dan Sorof?

Nahu:

Kita lihat kalimah-kalimah arab, dan perhatikan baris akhirnya… Perkataannya sama tetapi pada suatu tempat kita lihat huruf akhirnya berbaris atas (fathah), pada ketika lain ia berbaris bawah dan seterusnya..

Contoh:

Lihat huruf akhir kalimah Muhamad pada tiga contoh di bawah:


  1. ZAHABA MUHAMMADU
  2. DARABA HASANUN MUHAMMADAN
  3. AKHAZAHU FARIDU MIN MUHAMMADIN




Baris akhir dari dua lafaz dari tiga contoh di atas bukan boleh di baris sembarangan. Ada peraturan dan undang-undangnya. Kalau ia berada dalam keadaan ini, mesti dibaris depan, kalau dalam keadaan yang lain hendaklah dibaris atas.. .Begitulah seterusnya.

Bagaimana cara hendak mengetahui keadaan-keadaan tersebut? Keadaan bagaimana ia perlu dibaris depan, atas dan bawah atau mati (sukun)? Ya.. Di sinilah perlu kita mempelajari ilmu Nahu. Di dalamnya kita akan mempelajari peraturan-peraturan membariskan baris akhir…



Di bawah ini saya berikan contoh asas peraturan itu, di mana saudara-saudara akan mendapati bahawa nahu itu amat mudah. Semua orang boleh memahaminya:

Kita lihat kembali contoh di atas:

Contoh 1:

Muhamad telah pergi
Makna: Zahaba – Telah pergi
Pada contoh ini, baris huruf akhir lafaz Muhamad hendaklah dibariskan dengan dhommah (depan). Mengapa?? Begini, pada contoh Muhamad telah pergi (terjemahan asal=Telah pergi muhamad). Telah pergi (zahaba) adalah pebuatan. Sedangkan Muhamad adalah orang yang melakukan perbuatan. Orang yang melakukan perbuatan di dalam Nahu disebut dengan istilah Fa’il. Dan, setiap fai’il hendaklah dibariskan dengan dhommah. Itulah sebabnya mengapa huruf akhir lafaz Muhamad dibaris depan.

Mudah Bukan?



Contoh 2:
Hasan telah memukul Muhamad
Makna: Daraba hasanun – Saya telah memukul (Melayu klasik=Telah memukul oleh saya)


Telah memukul adalah – Perbuatan

  • Hasan – (Fa’il) Orang yang melakukan perbuatan (pukul) - Lihat huruf akhir di baris depan!!!

  • Muhamad – orang yang terkena perbuatan (pukul)

  • Hasan sebagai Fai’l (yang melakukan perbuatan), perlulah dibaris depan.
  • Manakala Muhamad adalah orang yang terkena perbuatan – orang yang kena pukul. Di dalam Nahu, yang terkena perbuatan disebut sebagai Maf’ul Bih. Menurut kaedahnya, setiap lafaz yang menjadi maf’ul bih hendaklah dibaris atas. Oleh itu lafaz muhamad hendaklah dibariskan atas…

Mudah juga bukan…??

Contoh 3:
Farid mengambilnya dari Muhamad
Makna: Akhazahu – mengambilnya
Min – Dari / daripada
Akhazahu – Perbuatan (Fi’il)
  • Farid – Orang yg melakukan perbuatan (fai’il) mengambil
  • Min – Disebut sbg huru JARR
  • Muhamad – terletak selepas huruf jarr, disebut sebg MAJRUR.
  • Lafaz (Farid), oleh kerana ia terletak di tempat fa’il (yg melakukan perbuatan), maka kita bariskan depan.
  • Lafaz (Min), adalah huruf Jarr. Huruf jarr ini fungsinya ialah membariskan huruf akhir lafaz selepasnya dengan baris bawah.
  • Lafaz (Muhamad) pula, terletak selepas huruf jarr (min). Maka lafaz (Muhamad) hendaklah dibariskan dengan baris bawah.
Lagi mudah kan???? SOROF pula…..

Ilmu sorof juga mudah. Kalau Nahu adalah ilmu bertindak mengawal baris huruf akhir agar ia sentiasa dibariskan dengan betul, sorof pula ialah ilmu yang mengawal baris huruf sebelum akhir. Contoh: Lafaz: Muhammad
  • Huruf akhir lafaz ini adalah (dal) – Baris huruf ini dikawal Nahu.
  • Huruf sebelum akhir ialah (Mim), (Ha), (Mim) – Baris huruf-huruf ini dikawal oleh Sorof.

WALLAHUAA'LAM








mumtaz's
mumtaz's
Latest page update: made by mumtaz's , Jun 28 2007, 12:31 AM EDT (about this update About This Update mumtaz's BAHASA ARAB page3 - mumtaz's


view changes

- complete history)
Keyword tags: arab 3
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Anonymous pengertian jama' taksir 1 Apr 18 2010, 5:56 PM EDT by Anonymous
 
Thread started: Dec 15 2007, 11:25 PM EST  Watch
pengertian jama' taksir
47  out of 49 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: 3 arab 3 (edit keyword tags)
Show Last Reply
Anonymous bahasa arab 0 Apr 11 2010, 5:20 AM EDT by Anonymous
 
Thread started: Apr 11 2010, 5:20 AM EDT  Watch
daiman fi qalbi!!
Do you find this valuable?    
Keyword tags: arab 3 (edit keyword tags)

Anonymous  (Get credit for your thread)


Showing 2 of 2 threads for this page

Related Content

  (what's this?Related ContentThanks to keyword tags, links to related pages and threads are added to the bottom of your pages. Up to 15 links are shown, determined by matching tags and by how recently the content was updated; keeping the most current at the top. Share your feedback on WikiFoundry Central.)